Dibangunkan bagi menyaingi sedan premium segmen C dari Eropah, Lexus IS generasi pertama dikeluarkan pada 1999 selepas kembarnya iaitu Toyota Altezza pada 1998. IS merupakan model global yang dijual di Eropah dan Amerika Syarikat. Sarat dengan identiti Jepun, ciri itu kekal hingga sekarang dan menyaingi sedan Eropah. IS dipacu roda belakang selain 4WD.
Pada 2005, IS generasi kedua diperkenalkan dan tidak lagi berkongsi dengan Altezza malah model itu dihentikan terus. IS di pasaran sekarang adalah dari generasi ketiga yang mula dikeluarkan pada 2013. Pada 2016, Lexus memperkenalkan versi yang dipertingkatkan dengan bahagian depan lebih agresif. Pada tahun ini, Lexus sekali lagi menggunakan generasi ketiga tetapi dengan perubahan besar-besaran. Sekali pandang seperti sebuah IS serba baharu.
Bahagian luar tampil garang set baharu terdiri daripada lampu dengan pencahayaan bentuk L manakala bampar pula dominan melalui gril spindle agresif dan liang pada kiri dan kanan. Bahagian tepi juga berbeza pada garisan karakter sehingga bucu pintu belakang yang menampakkan gayaan lebih segar. Turut ditukar ialah roda 19 inci corak baharu. Bahagian belakang jelas berbeza berbanding sebelumnya. Lampu terus bersambung dari kanan ke kiri dan diganding bersama bampar belakang dengan gayaan agresif.
Dari depan, sisi dan belakang IS ini tampil senada dan membawa imej segar. Secara keseluruhan, saiz IS lebih besar berbanding sebelumnya dengan ukuran panjang 4,710 mm (+30), lebar 1,840 mm (+30), tinggi 1,435 mm (+5) manakala yang kekal hanyalah jarak roda (wheelbase) iaitu 2,800 mm. Pada bahagian dalaman, IS masih mengekalkan papan pemuka lama kecuali beberapa perubahan seperti skrin sesentuh 10.3 inci, corong penyaman udara bulat berbanding petak dan perincian lain yang menaikkan aura premium. Secara am nampak sama tetapi perinciannya berbeza.
Enjin ditawarkan bergantung kepada pasaran dan mempunyai tiga jenis iaitu 2.0 liter turbo (241 hp, 350 Nm) RWD, 3.5 liter V6 (260 hp, 320 Nm) AWD dan 3.5 liter V6 (311 hp, 380 Nm) dengan pilihan RWD atau AWD. Pacuan RWD dibekalkan transmisi lapan kelajuan automatik dan enam kelajuan automatik untuk pacuan 4WD. IS juga turut ditawarkan dengan enjin hibrid.
Selain penampilan lebih menyerlah, Toyota turut menambah baik ketegaran casis dan suspensi IS. Model ini telah diuji di Pusat Teknikal Toyota Shimoyama yang dibuka pada April 2019. Pusat ujian ini mempunyai laluan ujian sekitar 5.3 km yang dibina berdasarkan topografi tempatan. Di antara ciri-cirinya ialah perubahan ketinggian (elevation), variasi lengkungan, selekoh dan jenis permukaan jalan. Dari segi keselamatan, IS dilengkapi Lexus Safety System+ terkini dengan pelbagai teknologi canggih.
Di antara teknologi keselamatan utama ialah Emergency Steering Assist, Pre-Collision System, Low Speed Acceleration Control, Dynamic Radar Cruise Control and Lane Tracing Assist (LTA), Lane Tracing Assist, Driver Emergency Stop Assist dan Road Sign Assist. Lexus IS akan memasuki pasaran utama seperti Amerika Utara, Jepun, Timur Tengah dan beberapa negara di Amerika Selatan, Oceania dan Asia. Pengekalan dan pembaharuan Lexus IS generasi ketiga bermakna model ini akan kekal di pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi dan dengan naik taraf signifikan, jauh layak dan relevan.
Mengikut perjanjian itu, perkongsian tersebut juga termasuk aspek komersial projek termasuk penglibatan dengan peniaga kenderaan terpakai atau pemegang permit dilulus terbuka di Malaysia, pemasaran dan penyediaan kaunter bantuan atau sokongan bagi pelanggan. Inisiatif itu juga akan memberi prospek yang baik dengan usaha mencari peluang oleh syarikat bagi membantu mengurangkan jurang pendigitalan dalam perniagaan di semua sektor dan organisasi. Di samping memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan berasaskan teknologi digital bagi pengguna akhir. – Bernama
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ