Bakal Keluarkan Kereta Edisi Khas Dengan Tema JDT!

Sekali lagi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menggegarkan Malaysia dan pastinya menggembirakan bukan sahaja kepada peminat bola sepak malah peminat kereta. Ya, JDT melangkah setapak lagi apabila dikatakan bakal bekerjasama dengan syarikat permotoran British, Aston Martin.

Kerjasama ini bakal menyaksikan kemunculan rekaan kereta khas edisi terhad yang bertemakan JDT. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kerjasama ini secara tidak langsung membuktikan peningkatan jenama JDT bukan sahaja di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa semenjak ia ditubuhkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.

“Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat syarikat pemotoran tersebut, yang berpusat di United Kingdom.”

Sumber : Astro Awani / JOHOR Southern Tigers