Bakal Dipamerkan Di Chicago Auto Show 2022


Nissan mendedahkan Frontier terbaharu lebih kurang setahun yang lalu dan jualannya meningkat sebanyak 115% pada tiga bulan pertama. Justeru, bagi meraikan kejayaan trak itu dan untuk mempamerkan aksesori yang disediakan, pengeluar Jepun ini telah menyediakan tiga konsep Frontier yang dijadualkan bakal dipamerkan di Chicago Auto Show 2022.

Kesemuanya berdasarkan platform Frontier Crew Cab 2022, tiga prototaip berbeza trak saiz pertengahan dan dimulakan dengan tiga gred level Frontier yang berbeza – S, SV dan juga Pro-4X. Menurut laporan Motor1, ketua pereka projek pengeluar, Hiren Patel, Nissan menjelaskan bahawa ia adalah usaha untuk memberitahu kepada para pelanggan bagaimana mereka boleh memodifikasi Frontier terbaharu bergantung keperluan peribadi dan cara ia digunakan.

Bermula dengan Project 72X Frontier yang merupakan tribute kepada Datsun 720, salah satu model paling berjaya Nissan dan juga kenderaan pertama yang dipasangkan oleh syarikat di US iaitu di Smyrna (Tennessee) Vehicle Assembly Plant pada tahun 1983.

Walaupun dengan interpretasi moden, Nissan mahu mengekalkan formula original ‘bare-bone’ trak mampu milik untuk keseronokan khususnya aktiviti lasak. Elemen terpenting untuk set ini adalah rim besi putih yang sebenarnya merupakan rim spare Frontier 2022 yang dibaluti tayar Pro-4X.

Begitu juga dengan Project Hardbody yang mengambil inspirasi dari sejarah Nissah yang kaya dengan segmen trak. Kali ini, ia mengangkat Nissan D21 Hardbody. Konsep yang bercirikan lift-kit tiga inci dengan control arm atas yang boleh laras. Penampilan vintaj ini hadir dengan penambahan fender arches dan rim gaya blok olskool dengan tayar 33-inci yang dilayangkan warna merah berserta grafik ala-ala tahun 1980-an.

Seterusnya, projek ketiga yang juga projek terakhir. Project Adventure mewakili apa yang boleh diperolehi oleh para peminat berdasarkan platform Frontier terbaharu. Tinggi lebih lima inci berbanding stok Frontier Crew Cab Pro-4X, konsep ini menampilkan sistem bed rack Yakima, roof basket dan roof tent. Kepada yang minat untuk bermalam dalam hutan, Nissan menyediakan sistem audio tambahan oleh Kicker dengan penyambungan Bluetooth sekaligus menjadikan ia ciri-ciri paling syok berbanding yang lain.

Sumber : Motor1