Bakal Berentap Dengan Para Finalis, Rebut Gelaran Juara Di Pusingan Global Virtual Finale

Peserta yang mewakili Malaysia dengan mempertaruhkan Daihatsu Mira 1986 dan berentap bersama 9 negara lain di Semi Final Hot Wheels™ Legends Tour yang berlangsung pada 4 November tersenarai sebagai lima terbaik. Global Virtual Finale tersebut boleh distrim menerusi laman www.facebook.com/hotwheels pada 14 November (1:00 pagi waktu Malaysia), 13 November 2021 (9:00 waktu US).

Daihatsu Mira tersebut adalah milik Abdul Wahab Bahari yang memenangi Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia yang diadakan pada 17 Oktober lalu di muzium RWB di Johor Bahru. Acara tersebut telah ditaja oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Beliau telah muncul sebagai pemenang dari penyertaan sebanyak 163 yang diterima di seluruh negara yang bermula sejak tahun lalu.

Di pusingan Semi-Finals, Daihatsu Mira kepunyaan Abdul Wahab berentap di kalangan 9 buah negara yang lain dan menyaksikan pelbagai kereta kustom yang menarik seperti Mazda 616 Capella (1973), Ford Escort (1974), Wenckstern 2018, Aint No Saint, Volvo P1800 (1969), Volkswagen Sedan (1990), Yellow Black Lethal Chevrolet Opel Commodore 4100 1977, Ford Coupe (1947) dan Nissan Cedric 130 (1969).

5 peserta yang tersenarai sebagai finalis dari Semi-Final ini adalah Malaysia, UK, Mexico, Jerman dan New Zealand yang akan disertai oleh para finalis dari Amerika Utara untuk bersaing di pusingan Global Virtual Finale!

Tahniah diucapkan kepada Abdul Wahab. Jangan lupa untuk menonton Global Virtual Finale dan beri sokongan padu anda untuk wakil dari Malaysia!