Toyota telah mengumumkan secara rasminya spesifikasi bZ4X, lebih awal sebelum pelancarannya di pan-Eropah. Model elektrik penuh ini didatangkan dengan WLTP yang mencapai sehingga 516 km, lebih tinggi berbanding data awalnya.
Manakala bateri yang digunakan agak berbeza dari segi kapasiti dengan 71.4 kWh dalam FWD dan 72.8 kWh dalam AWD. Kedua-duanya sesuai dengan pengecasan AC sehingga 6.6 kW dan sehingga 150 kW untuk pengecasan DC. Toyota juga menawarkan pilihan program jagaan lanjutan yang menjamin 70% kapasiti bateri untuk 10 tahun atau 1,000,000 km.
Penghantaran pertama bZ4X akan bermula di pasaran Eropah. Selain membeli kereta, pelanggan di Eropah juga mendapat pilihan untuk menyertai program All-Inclusice Leasing termasuk penyelenggaraan, pengecas wallbox dan servis penyambungan. Namun begitu, masih belum mengumumkan harga untuk pasaran Eropah.
Sumber : Carscoops