Berita baik dan ia khas untuk seluruh rakyat Malaysia. Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada hujung minggu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian bayaran tol kepada pengguna lebuh raya seluruh negara. Pengecualian ini membabitkan semua kelas kenderaan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Januari ini.
Bagi makluman, pengecualian pembayaran tol selama dua hari ini membabitkan peruntukan sebanyak RM40 juta. Satu perbincangan sudah diadakan di antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan bersama syarikat pengendali lebuh raya untuk mengecualikan pembaray selama dua hari itu.