Awas, Jangan Tidur Di Pawagam Pandu Lalu!

Awas, Jangan Tidur Di Pawagam Pandu Lalu!

Baru-baru ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ada meuar-uarkan untuk memperhalusi Lesen Pemameran Filem (EF) bagi sektor pawagam pandu masuk susulan pengamalan normal baharu pandemik COVID-19. Berita ini mendapat pelbagai sambutan dari para peminat tegar perfileman. Ada yang bersetuju serta teruja dan tidak kurang juga, ada yang membantah.

Tidak dinafikan, ramai yang bersetuju dengan cadangan ini. Malah ada yang tidak sabar untuk menonton filem kegemaran masing-masing di pawagam pandu lalu ini. Biarpun dikatakan ia mampu membantu meningkatkan semula ekonomi pengusaha hiburan tetapi bahaya tetap ada.

Tahukah anda bahaya yang menanti sekiranya tertidur dalam kereta semasa menonton di pawagam pandu lalu ini? Berikut adalah petikan Public Health Malaysia tentang hal ini di Facebook;

“Sekiranya wayang pandu lalu dibuka pastikan anda TIDAK TERTIDUR dalam kenderaan dengan enjin dibuka.

Malaysia bukan seperti luar negara ya, suhu yang tidak sejuk menyebabkan ramai yang akan menghidupkan hawa dingin walaupun kenderaan tidak bergerak.

Gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos boleh disedut masuk kedalam kenderaaan dan boleh menyebabkan keracunan gas karbon monoksida.

Apa yang unik mengenai gas ini adalah ia tidak berwarna dan tidak berbau, tahu tahu sahaja anda telah pengsan (disangka tertidur)

Selain itu, pastikan kenderaan anda sentiasa di servis untuk keselamatan memandu.”

Pastikan anda tidak tertidur sewaktu menonton di pawagam pandu lalu kelak.

Sumber : Public Health Malaysia (Facebook)