AWAK SANGAT NAKAL

Kisahnya, si katak ijau milik Apis ni pernah gua siarkan pada Disember 2013. Pastu diulang siaran dengan gaya ala TME pada Disember 2014. Disember tahun lepas, dia sibok menyelamatkan kereta tak cukup pintu ni dari banjir. Dan untuk Disember 2016, Apis kembali mencuri tumpuan dengan setting kaben-kaben yang baru. Asal musim ujan jer kau datang. Patut kaler ijau. Lagi pun inikan majalah baru. Memang elok sangat kalau jentera rare seperti ini didokumenkan semula.

Kenapa gua minat sangat dengan kereta nih? Pertama sebab susah nak jumpa. Mengikut bancian jabatan hutan, cuma ada tiga bijik yang dapat dikesan di sini. Kedua sebab pelik. Mana ada EVO yang datang dengan platform coupe 2-pintu. Ketiga sebab usaha pemiliknya, yang tak jemu-jemu melahirkan sesuatu yang menarik. Nakal sungguh bunyiknya…

Kepada yang kurang mengenali, meh gua recap sikit. Ini adalah model Asti CJ dari generasi ke-5 Mirage, yang memang sebaya dengan Lancer CK / CM kebanyakan. Ia dibeli secara tidak sengaja oleh Apis, selepas melihat keadaannya yang kurang kasih sayang di Sarawak. Lepas puas mengkaji dan mengaji, Apis akhirnya nekad untuk meminang kereta ini setelah yakin dengan potensinya untuk dimajukan.

Acaner coupe 2-pintu ini boleh dilahirkan semula sebagai EVO? Itu dilema yang perlu Apis tanggung. Bukan ada buku panduan pun, kecuali gambaran sipi-sipi dari Google. Maka terpaksalah dicubanya sendiri sampai jadi, walaupun menyedari tempoh masa yang diperlukan.

Untuk setup 2016, kereta ini datang dengan gaya lebih santai. Takde lagi kit badan Varis yang kembang-kembang. Ia sebaliknya hanya menggunakan kit EVO V di bahagian depan, diikuti penggunaan hood karbon penuh Truth, arch roda kustom dan sepasang lampu depan karbon fiber Valeo-Cibie.

Bahagian belakang menampilkan bumper KS Auto, termasuk lampu belakang jenis kristal, arch gemok Feast-Power, bonet karbon fiber Varis serta penyidai kain karbon fiber Voltex. Disertakan juga rangkaian komponen lain seperti sunroof MMC EVO V, cermin belakang berwiper dan cermin sisi karbon fiber RalliArt. Yang dekat pintu tuh? Itu karbon fiber tipu sementara. Nanti ada bajet, baru bikin lain katanya…

 Pakej kosmetik ini diteruskan ke bahagian roda, meliputi penggunaan rim Rota Grid bersaiz 18-inci, yang dibalut tayar Achilles ATR Sport berukuran 265/35ZR-18 setiap satu. Apak lebor! Sektor pengendalian kemudian dibantu set suspensi boleh laras Tein Type Flex, manakala salinan brek Brembo dari EVO V terus dikekalkan.

Sebaik hood yang ringan tu dibuka, terpampang sebuah enjin 4G63T EVO V yang masih lagi dara. Apis langsung tak diusik, kecuali penempatan sepasang camshaft HKS 264° di bahagian kepala silinder. Untuk sistem turbo, sedutan udara dibuat secara terus ke mulut turbin TD05 20G, dengan wastegate Turbosmart CompGate 40 berperanan mengawal tekanan pada perumah turbo.

Mampatan boost ini disejukkan oleh intercooler gabak ARC, yang bersambung ke bahagian throttle body menggunakan paip aloi RalliArt. Ia diselia sepenuhnya oleh pengawal boost GReddy Profec B Spec II, sebelum lebihan tekanan dibawa keluar menerusi injap pelepas HKS Racing. Tiada sebarang toyol digunakan, kecuali pemetaan semula unit ECU secara reflash.

Dah alang-alang bikin, sistem transmisi dan keseluruhan komponen pacuan AWD dari EVO V ini, turut disalin sepenuhnya. Nasib baik kedudukan cagaknya masih lagi sama. Memastikan tujahan kuasa yang sentiasa bermaya, kotak gear ini perlu dilapik set klac jenis plet berkembar dari Ogura Racing.

Ruang dalaman datang dengan komponen milik EVO V untuk bahagian dashboard, juga penggunaan meter utama dari SPI. Memang lain macam bila bacaan RPMnya terletak di bahagian tengah. Termasuk dalam pakej ini adalah, stereng ATC Volanti Sportivi Competition, tombol gear RalliArt, harness Takata dan sepasang tempat duduk Recaro A8 yang sangat-sangat limited. Rangkaian gajet pemantau terdiri daripada meter suhu dan tekanan minyak Apexi pada pilar A, meter boost Nippon Seiki yang olskool, meter AFR Innovate serta pemasa enjin Blitz DCII.

Secara peribadi, kejayaan Apis mengangkat status kereta ini sebagai EVO Coupe pertama seumpamanya, pasti akan dihargai sebagai karya paling menarik pernah dihasilkan dalam dunia modifikasi. Ada lagi ke kemunculannya Disember tahun depan? Itu kena tunggu…

 

SPESIFIKASI