Auto Union 1000 S, Bukan Sebarang Audi

Kereta yang dikeluarkan Audi pada tahun 1960 ini, bertentangan sama sekali dengan apa yang ada pada kereta-kereta Audi sekarang. Auto Union 1000 S ini merupakan sebuah kereta coupe deluxe kecil 2 pintu, direka untuk perjalanan selesa dan mewah. Jika diperhatikan dengan teliti, ia mirip dengan Volkswagen Beetle terutama di bahagian lampu hadapan dan juga fender bahagian hadapan yang membonjol. Di bahagian tengah pula terdapat jeriji dengan logo Audi.

Di bahagian kabin pula, tempat duduknya dikenakan dengan dua tona warna yang dipadankan bersama warna jingga. Walaupun bahagian dalamnya tidak secanggih atau semewah model kereta hari ini, terdapat beberapa elemen yang tetap nampak menarik terutamanya jam analog dan radio transistor Motorola.

Di bawah penutup hud ini tersimpan enjin 3 silinder sebaris yang menggantikan 1.0 liter dan menghasilkan 57 hp (43 kW / 58 PS). Ianya dihubungkan kepada transmisi synchromesh 4-kelajuan yang membolehkan kereta dengan berat 903 kg ini mencapai sehingga 84 mph (135 km/h).

Berbeza dengan Audi yang kini sangat sinonim dengan ‘quattro all-wheel drive’ ia tidak ada pada kereta ini serta amat bertentangan kerana ia dipacu oleh sistem roda hadapan. Apa yang lebih menarik, Auto Union ini dikatakan sebagai kereta yang mengutamakan keselamatan. Mungkin kelihatan agak lucu tetapi ia menggunakan stereng keselamatan yang dilengkapkan bersama visor dengan bahan yang mampu menyerap hentakan.

Walaupun fokus utama Audi untuk kereta ini adalah keselamatan, ada satu perkara yang tertinggal dan tidak dapat ditemui. Tali pinggang!

Sumber : Carscoops