Acura Mendedahkan Imej Dan Informasi Terbaharu, Bakal Muncul Pada Tahun 2022!

Integra terbaharu merupakan sebuah kereta dengan rekaan lima pintu seperti diumumkan Acura dalam sebuah teaser. Syarikat tersebut juga mendedahkan beberapa informasi sebelum kemunculannya buat pertama kalinya pada tahun 2022. Selain itu, beberapa gambar juga turut disiarkan yang memperlihatkan imej kompak yang sporty bersama dengan sebuah video pendek. Malah, sebuah Integra RS 5-pintu tahun 1986 turut diselitkan yang mungkin dilihat sebagai membantu pelancaran model popular itu.

Sebelum ini, Acura tidak berminat untuk mendedahkan sebarang informasi mahupun bentuk terbaharu Integra. Namun, ketika mengumumkan kemunculan semula model itu pada Ogos lepas, pengeluar itu merujuk ia sebagai kereta kompak premium serta mendedahkan gaya bentuk badan liftback menerusi demonstrasi drone.

“Integra kembali,” kata naib presiden dan juga Pegawai Jenama Acura, Jon Ikeda menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ogos lalu. Beliau juga sangat teruja dengan kembalinya Integra dalam barisan baharu Acura yang masih mengekalkan semangat pemanduan yang menyeronokkan serta DNA asli, memenuhi komitmen dalam setiap perincian; rekaan, prestasi dan juga pengalaman memandu secara keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah memperlihatkan lampu hadapan Integra yang dapat dilihat dengan jelas nama Integra. Kereta kompak ini juga dilihat mempunyai persamaan rekaan dengan TLX. Apa yang lebih menarik, Acura telah memfailkan nama trademark Integra Type S, menandakan ia sebagai model edisi terhad, varian prestasi tinggi, barangkali seperti TLX Type S.

Apa-apa pun, untuk mengetahui kebenarannya kita perlu menunggu sehingga tahun hadapan.

Sumber : Carscoops