Tidak seperti kebanyakan Acura Integra Type R yang boleh ditemui atas jalan raya khususnya yang berada di Amerika Syarikat, Integra ini dilengkapi dengan fascia hadapan spesifikasi Jepun seperti hud yang unik, lampu depan dan bampar baharu. Ia juga dipasangkan dengan skirt tepi aftermarket dan bumper belakang juga aftermarket yang membangkitkan aura sporty serta tampil lebih agresif.
Tak cukup dengan itu, rim asal 15 inci yang didatangkan dari kilang telah disaluti warna kelabu dan dimuatkan dengan cap tengah baharu, batang injap merah dan tayar Yokohama Advan 032R 205/50. Selain itu, beberapa penambahan lain seperti coilover HKS yang dipasangkan di setiap 4 penjuru dengan lower rear strut bar dari Vision. Pemberhentian juga telah dikemaskini dengan kaliper depan dan pad dari Spoon Sports serta stainless steel line dan rotor PowerStop.
Beberapa modifikasi turut dilakukan untuk menambah kelajuan enjin empat silinder berkapasiti 1.8 liter, ini termasuk camshaft Spoon Sports, throttle body, air intake filter, alat pembumian, oil-pan dan wayar pencucuhan. Ia juga dilengkapi dengan gear camshaft Toda Racing, kepala ekzos Mugen dan penyedut gelung berkembar, penukar pemangkin aliran tinggi Catco dan hos penyejuk silikon.
Kalau melihatkan dari kerja-kerja modifikasi untuk mengemaskini Acura Integra ini, tak nampak pulak sudut mana nak katakan ia lebih cun dari Honda Civic Type R. Selagi tak cuba belum tahu, ye tak? Mungkin kena try test baru tahu power Integra Type R ini betul-betul cun atau omong-omong kosong aje…
Sumber : Carscoops