Corolla 300 HP Dengan AWD Dan 6-Kelajuan Manual

Corolla Hatchback mempunyai penerimaan yang cukup bagus untuk enjin 4-silinder 2.0 liter dengan 168 hp (125 kW / 170 PS) dan tork 151 lb-ft (205 Nm) tetapi ia masih lagi tidak mendapat nadi perlumbaan. Bagi menyelesaikan masalah ini, pasukan jurutera telah memasukkan enjin turbocharged 3-silinder 1.6-liter dengan kod nama, G16E-GTS yang menghasilkan 300 hp (224 kW / 304 PS) dan tork 273 lb-ft (370 Nm).

Secara tidak langsung, ia membuatkan GR Corolla ini lebih berkuasa hampir dua kali ganda berbanding model standard. Toyota ini juga mengatasi catatan Subaru WRX iaitu 271 hp (202 kW / 275 PS) dan versi N dari Hyundai Elantra dan Kona. Bagaimanapun, ia masih belum menandingi Volkswagen Golf R dengan 315 hp (235 kW / 319 PS).

Enjin ini disambungkan secara eksklusif dengan transmisi manual 6-kelajuan dan sistem AWD GR-Four. Sama seperti GR Yaris, sistem ini boleh dilaraskan dan menawarkan pembahagian kuasa depan/belakang 60:40, 50:50, dan 30:70. Ini bermaksud, kereta ini boleh menggunakan depan, natural atau juga belakang.

GR Corolla ini turut dilengkapi dengan hud aluminium dan panel pintu depan aluminum yang membantu mengurangkan penambahan berat model ini pada 1,474kg, yang mana lebih 85.7kg berbanding Corolla Hatchback standard. Selain itu, GR Corolla ini dipacu menggunakan platform versi TNGA-C. Ia juga dilengkapi dengan setup strut MacPherson dengan spring coil circuit-tuned, shock absorber dan bar stabilizer untuk memberikan kemampuan membuat selekoh yang sangat optimum pada semua permukaan jalan.

Bagi meningkatkan lagi kehebatan dan kecemerlangan sudut prestasinya, GR Corolla ini dipasangkan dengan rim gloss black 18-inci di bahagian belakang dengan tayar Michelin Pilot Sport 4. Dilengkapi pula dengan sistem pemberhentian caliper aluminium 4-piston, cakera depan berukuran 14 inci. Belakang pula, dipasangkan dengan caliper aluminium 2-piston dan lebih kecil 11.7-inch.

Buat masa ini, harganya masih belum dimaklumkan lagi dan berkemungkinan besar akan dikongsikan dalam waktu terdekat.