Versi EV Bakal Tiba Di Pasaran Bermula Tahun Hadapan

Baru-baru ini, Mercedes-Benz melancarkan sebuah van kompak Citan yang ditawarkan dalam dua varian; Panel Van dan Tourer. Selain Citan dan eCitan elektrik yang menyasarkan golongan profesional, Mercedes-Benz bakal melancarkan T-Class yang sama dan EQT elektrik dengan rekaan lebih premium.

Jika diperhatikan dari gambar-gambar yang dikongsikan, Mercedes-Benz Citan memiliki rumah hijau yang sama dan pintu dengan Renault Kangaroo tetapi telah diubah di bahagian depan dan belakang.

Lampu utamanya menggunakan teknologi LED dengan trim aras lebih tinggi, kelihatan agak sama dengan MPV kelas B. Manakala bampar, bonet dan gril sama seperti rekaan Mercedes-Benz yang terbaharu. Citan ini berukuran 4,498 mm (177 inci) panjang dan mempunyai wheelbase 2,716 mm (106.9 inci). Dikatakan, Mercedes akan menawarkan varian wheelbase panjang untuk memberikan lebih banyak ruang interior.

Sebagaimana yang dijangkakan, rekaan ini menumpukan terhadap praktikaliti dengan satu atau lebih pintu slide yang mempunyai bukaan 615 mm (24.2 inci). Di bahagian belakang, terdapat dua pintu asimetrikal 180-darjah untuk Panel Van dengan bukaan ketinggian 1,059 mm (41.7 inci) dan pilihan single tailgate untuk Citan Tourer.

Bagi makluman, Citan Panel Van boleh memuatkan barang berukuran sehingga 3.05m (120 inci) panjang. Manakala kawasan muatan barang pula setinggi 590 mm (23.2 inci) dari permukaan tanah. Kapasiti muatan untuk van ini adalah sehingga 2.9m3 dan boleh memuatkan dua palet euro sementara kapasiti tundaan adalah pada 1.5 tan.

Rekaan Interior Moden, Fokus Terhadap Praktikaliti
Mercedes tampil dengan rekaan mereka sendiri. Ia kelihatan jauh lebih moden dengan skrin sesentuh 7 inci untuk infotainmen MBUX (disediakan dalam versi berbeza bergantung kepada trim) and stereng pelbagai fungsi. The Citan Tourer mempunyai 5 tempat duduk yang berasingan dengan sebuah tempat duduk belakang yang boleh dilipatkan serta beberapa ruang penyimpanan yang ada dalam kabin.

Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem standard lain seperti Hill Start Assist, Active Brake Assist, ADAS, Active Lane Keeping Assist, Active Distance Assist DISTRONIC yang membenarkan pemanduan semi-autonomous di bawah beberapa keadaan tertentu. Citan Tourer dilengkapi 7 beg udara dan Citan Panel Van mempunyai 6 beg udara.

Varian elektrik penuh yang digelar sebagai eCitan akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2022. Didatangkan bersama kemampuan pengecasan bateri penuh yang pantas iaitu dari 10% sehingga 80% dalam masa

Sumber : Carscoops