Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, terus komited untuk menyediakan perkhidmatan lepas jualan terbaik kepada pemilik BYD di seluruh negara. Dengan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat, Sime Motors telah memperluaskan rangkaian servisnya kepada 21 pusat servis strategik menjelang penghujung 2024, termasuk kemudahan Baik Pulih & Cat Badan Kereta (B&P) yang dilengkapi teknologi terkini.
Untuk memastikan kecekapan perkhidmatan, Sime Motors mengendalikan Hab Pengedaran Alat Ganti (PDC) berpusat secara digital, yang memastikan penghantaran alat ganti tepat dan pantas ke pusat servis. Selain itu, Pusat Pemeriksaan Prapenyerahan (PDI) dilengkapi sistem tempat letak kereta mekanikal bagi menjamin pemeriksaan kualiti yang menyeluruh sebelum kenderaan diserahkan kepada pelanggan. Kesemua pusat servis juga dilengkapi peralatan khas untuk penyenggaraan EV, disertai dengan ruang menunggu premium untuk keselesaan pelanggan.
Perkhidmatan BYD turut disokong oleh pasukan juruteknik Voltan Tinggi (HV) bertauliah yang menjalani latihan intensif secara berterusan. Pasukan profesional ini memastikan setiap kerja pembaikan dan penyelenggaraan mematuhi piawaian tinggi pengeluar, memberikan keyakinan kepada pelanggan dalam menjaga prestasi kenderaan mereka.
Sejajar dengan usaha menyediakan ketenangan fikiran, Sime Motors menawarkan waranti menyeluruh untuk kenderaan BYD, termasuk perlindungan bateri selama 8 tahun. Bantuan Tepi Jalan 24/7 juga disediakan, memastikan pelanggan menerima bantuan segera bila-bila masa dan di mana sahaja diperlukan.
Untuk menambah nilai kepada pelanggan, BYD Sime Motors turut memperkenalkan Pakej Servis fleksibel dengan pilihan 3, 6, dan 8 tahun, yang direka khas untuk memenuhi keperluan berbeza. Pakej ini menawarkan perlindungan harga servis semasa, memastikan pelanggan tidak terjejas oleh inflasi, sekaligus memberikan penjagaan pakar kepada kenderaan mereka.
Dengan rangkaian perkhidmatan yang kukuh dan kemudahan canggih, Sime Motors terus berusaha untuk memperkukuh pengalaman pemilikan kenderaan EV di Malaysia. Usaha ini membuka laluan bagi inovasi yang lebih besar pada masa akan datang, sekaligus menyokong pertumbuhan pesat industri EV di negara ini.