Kereta Yang Jarang Dilihat Dan Didengar Ini Pernah Dimiliki Sultan Brunei!

Kalau anda tidak pernah dengar Cizeta V16T sebelum ini, percayalah anda tidak keseorangan. Hal demikian kerana, pengeluarnya di Itali berhadapan masalah dan pengeluarannya dihentikan. Walaupun begitu, jangan terkejut kerana kereta ini pernah dimiliki Sultan Brunei dan kini ia sedia untuk dijual!

Menurut Curated, kereta tahun 1993 dengan casis #101 ini telah ditempah oleh Hong Seh Motors bagi pihak pengumpul koleksi kereta. Sebelum pernah menjadi sebahagian koleksi simpanan Sultan, ia pernah dipamerkan di Geneva Autoshow 1993. Seperti kebanyakan kereta Sultan yang lain, Cizeta V16T ini tidak pernah didaftarkan mahupun dipandu. Disebabkan itu, ia seolah-olah seperti kereta baru dengan perbatuan sejauh 966km!

Sebagaimana yang dapat dilihat di bilik pameran, kerja pengecatan ke atas kereta ini cukup sempurna tanpa sebarang tanda karat atau calar. Malah, keempat-empat tayarnya juga dipercayai masih lagi tayar asal kerana kod tahun yang tercatat adalah 1993. Bahagian interior juga tidak kurang hebatnya, masih lagi dalam keadaan baik. Tempat duduknya juga seperti tidak pernah digunakan.

Namun begitu, radio asalnya mungkin menggunakan TLC. Maka tepatlah apabila ianya dicatatkan sebagai contoh Cizeta terbaik yang masih ada di dunia hari ini.

Kisah penuh tentang Cizeta ini ada dikongsikan oleh Marcello Gandini yang merupakan seorang pereka beberapa kereta Lamborghini seperti Countach, Diablo dan Miura. Memandangkan ia direka oleh bekas pereka jurutera Lamborghini, maka tidak hairanlah ia ada mirip seperti model dari jenama itu.

Namun, satu perbezaan besar yang ada pada Cizeta ini adalah ianya dikuasakan oleh enjin v16 6.0 liter yang menampilkan 64 injap, 8 aci sesondol, 4 kepala silinder, 2 sistem dan timing chain berkembar. Enjin ini dikatakan menghasilkan 540hp (403 kW/547 PS) dan tork 400 lb-ft (542 Nm).

Anda rasa, berapa harga yang sesuai untuk kereta paling jarang ditemui di muka bumi ini?

Sumber : Carscoops