Apa yang berbeza pada Ferrari F355 Spider keluaran tahun 1998 ini berbanding model asal? Ya, supercar ini telah dimodifikasi untuk memberikan lebih ruang di bahagian kabin di mana tangki bahan apinya telah dipindahkan ke bahagian hadapan, bahagian atasnya yang lembut pula dihantikan dengan penutup tonneau unik yang dipadankan pula dengan sarung kusyen aftermarket. Paling mahal, logo yang ditempah khas di kusyen rehat kepala (head rest) dengan simbol S (bermaksud Superman).
Kereta yang berlokasi di Naperville di Illinois ini mencatatkan sejauh 11,900km pada odometer ini dengan penambahan sebanyak lebih kurang 1,000 batu dalam masa dua dekat ini. Apa yang lebih istimewa, kereta supercar ini pernah dimiliki salah seorang legenda dan bintang NBS yang telah pun bersara, Shaquile O’ Neal.
Sumber : Carscoops