Pulzar Malaysia telah mengambil bahagian dalam siri pameran anjuran Dream Car Expo. Berlangsung di IOI Mall, Puchong pada 5-10 November yang lalu, ini merupakan kali kelima Pulzar Malaysia mengambil bahagian, selepas pameran di Pavilion, Aeon Metro Prima, Central i-City dan Setapak Central sebelum ini.
Pameran ini memberi ruang kepada pengeluar dan pengedar kenderaan, untuk mengadakan promosi jualan terus kepada pengguna. Ia turut disertai syarikat berkaitan automotif, yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing. Selain meninjau dan mendapat informasi lebih jelas, para pengunjung juga boleh membuat tempahan belian pada harga istimewa, termasuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.
Pulzar Malaysia sering mengadakan promosi jualan dari semasa ke semasa. Untuk perkembangan berkaitan, layari