SUCIMUCI TIME ATTACK CHAMPIONSHIP 2019 (PUSINGAN 4)

Pusingan keempat Sucimuci Time Attack Championship 2019, telah berlangsung pada 29 September yang lalu bertempat di litar MIMC, Air Keroh Melaka. Dianjurkan oleh Sucimuci Motorsport, ia kini mendapat sokongan K1 Exhaust Specialist dan Kool Radiator Treatment sebagai penaja bersama.

Objektif penganjuran bertujuan untuk menyediakan platform perlumbaan yang sah berkonsepkan catatan masa, bagi membolehkan para peserta berlumba dalam suasana lebih terkawal dan selamat. Sebanyak 120 buah jentera dengan 137 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 13 kategori utama iaitu Open, 1.8 NA, 1.6 Open, 1.6 NA, 1.3 NA, 1.5 NA, 1.2 Open, Auto CVT, Ladies, MIVEC / VTEC, Saga Series, CAMPRO dan Persona Cup. Dalam perlumbaan ini, Shahrulrizal Adnan dari K3 Pit Racing Team yang memandu Proton Satria berjaya mencatat masa terpantas 1 minit 5.622 saat untuk mengatasi cabaran peserta lain.

Pusingan pertama Sucimuci Time Attack Championship bagi tahun 2020, akan diadakan 9 Februari juga di litar MIMC, Air Keroh Melaka. Kepada yang berminat, hubungi Rellik Niezarm di talian 012-276 4191 untuk maklumat lanjut.

Foto: Ishraqi @ Tune Photography