MINI NIGHT GATHERING PAHANG HONDA COMMUNITY 2019

 

Pahang Honda Community (PHC), dengan kerjasama HCTeam, Platinum Oil Indera Mahkota, Honda Day Malaysia dan Kanjozoku Motorsport, telah menganjurkan acara Mini Night Gathering Pahang Honda Community pada 5 Oktober lalu, bertempat di Serambi Teruntum, Kuantan Pahang. Untuk rekod, ia pernah dianjurkan pada tahun 2015, sebelum diadakan semula pada tahun ini.

Hampir 600 orang peserta telah mengambil bahagian, meliputi pelbagai kelab dan komuniti Honda sekitar Negeri Pahang. Antaranya CFDC, HCTTG Eastern Crew, Accord G7 Pekan, HCOC, GD8 Malaysia, MyOdyssey Pahang, MyStreamClub, Team ES, FDMC, MHCC, HBOC, CFBM, GM2 Malaysia, PCFC, GM6 Society, Sixgen, F3GKD, HCTeam dan EK4Door. Hadir sama wakil Honda Day Malaysia serta barisan penaja bersama sebagai tetamu jemputan.

Penganjuran acara ini bertujuan untuk mengetengahkan PHC sebagai sebuah komuniti yang aktif, termasuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemilik Honda. Selain itu, ia turut menjadi penutup kepada acara Road Tour Honda Day yang diadakan sepanjang tahun ini

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian. Diharapkan kemeriahan acara ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Foto: Raziman Sipico