MEGA GATHERING AVY VIVA ELITE VOL 3

Viva Avy Penang telah menganjurkan acara Mega Gathering Avy Viva Elite Vol 3, yang menghimpunkan para pemilik Daihatsu Avy, Perodua Viva dan Viva Elite pada 28 April yang lalu. Diadakan di R&R Bagan Ajam, Butterworth Pulau Pinang, sebanyak 400 buah kereta dari seluruh pelusuk negara hadir memeriahkan acara ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang acara berlangsung. Antara yang mencuri tumpuan adalah pertandingan autoshow Queen’s of Queen yang dikhaskan untuk peserta wanita. Walaupun pertama kali diadakan, ia tetap mendapat sambutan yang menggalakkan dengan corak ubahsuai yang tidak kurang hebatnya.

Beberapa aktiviti lain juga diadakan seperti cabaran limbo, cabutan bertuah, mencari harta karun, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan lain-lain. Pihak penganjur turut menyediakan khemah jualan, bagi memberi peluang kepada mereka berniaga. Acara ini berakhir sejurus selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.