MEET & GREET SAGA JB

 

Buat julung kalinya, kelab Saga JB telah menganjurkan acara Meet & Greet, bertempat di perkarangan Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor pada 20 April yang lalu. Ia diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kelab serta para pemilik Saga dan Fiore di Malaysia.

Sambutan yang diterima cukup menggalakkan apabila disertai hampir 500 buah Saga dan Fiore pelbagai generasi. Antara kelab dan komuniti yang mengambil bahagian termasuklah Saga Iswara Club (SIC), Saga Iswara Malaysia Club (SIMC), Saga Club Malaysia (SCM), Proton Saga Iswara Fiore Terengganu (PROSIFT), Saga Iswara Stance Johor Comunity (SISJC), Komuniti Proton Saga Iswara Fiore Kelantan (KPSIFK), Geng Saga Buruk dan lain-lain.

Selain peluang berkumpul, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara ini. Antaranya pertandingan autoshow, pertandingan antara kelab, cabutan bertuah, juga jualan produk dan cenderamata.

Walaupun berdepan cuaca tidak menentu, masing-masing tetap bersemangat menyokong acara ini. Terima kasih diucapkan kepada para penaja serta semua yang telah mengambil bahagian.

Foto: Moklis Mahbob @ Mok66 Photography