MKK34: MALAYSIA SHARKY CX5 CLUB MEGA TT 1.0

Buat julung kalinya, Malaysia Sharky CX5 Club (大马鲨群CX5) telah mengadakan sesi Mega TT pertama pada 23 Mac yang lalu. Berlangsung di Sungai Long Golf & Country Club, ia berjaya mengumpulkan hampir 220 orang peserta, melibatkan ahli-ahli kelab dari seluruh pelusuk negara.

Mula ditubuhkan sejak Mac 2018, acara ini juga bersempena dengan ulang tahun pertama kelab. Memandangkan ini merupakan sesi TT terbesar pernah diadakan, kesempatan berkumpul digunakan sepenuhnya untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Beberapa acara sampingan turut diadakan seperti cabutan bertuah, permainan dan majlis makan malam.

Pihak kelab amat berbesar hati menerima EXN Lube sebagai sebahagian daripada penaja. Penglibatan mereka secara langsung dalam acara ini, amat membantu untuk memperkenalkan lagi jenama EXN Lube kepada ahli-ahli kelab.