KILLERBEES TRACK DAY 2019 (KTD19)

Tanggal 5 Oktober 2019 menyaksikan 70 buah jentera Mazda & Ford milik ahli kelab Killerbees, berentap di Litar Dato Sagor, Kg Gajah Perak. Sejak ditubuhkan pada Jun 2000, ini merupakan tahun ke 10 mereka beraksi di sini, selepas penganjuran terakhir pada tahun 2017.

Penganjuran acara ini bertujuan untuk menggalakkan para peserta, berlumba dengan cara yang betul dan selamat di kawasan litar. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman, selain menguji kemahiran dan kekuatan jentera masing-masing.

 

Mengikut perancangan, terdapat dua acara utama yang disediakan iaitu pelumbaan Sprint Test (ST) dan CCT. Dalam acara ST, mereka diberi peluang untuk berentap mengikut kategori masing masing sama ada NA Auto, NA 1.6, NA 1.8, NA 2.0, NA Open, termasuk kategori True Street, 1.6 Super Street, 1.8 Super Street dan Open bagi jentera berkuasa turbo. Namun akibat cuaca yang tidak mengizinkan, acara CCT bagaimanapun terpaksa dibatalkan bagi menjaga keselamatan peserta yang mengambil bahagian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli Killerbees, para penaja, serta semua yang terlibat menjayakan KTD19. Semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun mendatang, sekaligus mengekalkan nama Killerbees di Malaysia.

Laporan: Encik Bob / Foto: UC Pictures (Din 210)