JAZZ SUPER GATH & DRAG 2019

Unlimited Sports Concept (UCS) dengan kerjasama Hybridmods dan Piston Project, telah menganjurkan acara Jazz Super Gath & Drag 2019 di Litar Lumba Gong Badak, Kuala Terengganu pada 20 April yang lalu. Ia menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila disertai hampir 600 buah Jazz dari seluruh pelusuk negara.

Selain sesi perhimpunan, pihak penganjur telah membuat sedikit kelainan dengan tambahan acara drag pada tahun ini. Lebih 60 penyertaan termasuk 10 buah kereta dengan nadi K-Series telah mengambil bahagian. Walaupun pertama kali diadakan, kesemua peserta amat berpuas hati dan meluahkan rasa gembira atas pengalaman baru yang mereka perolehi dalam acara ini.

Pihak penganjur juga telah mengadakan pertandingan autoshow yang merupakan acara wajib setiap tahun. Kesemua yang mengambil bahagian begitu komited untuk menghasilkan yang terbaik kepada jentera masing-masing. Antara konsep yang dipertandingkan termasuklah Mugen, J’s Racing, Spoon, Noblesse, Last Station, Seekers, termasuk konsep modifikasi THDM dan lain-lain.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada MyJFFC, GEGP dan F3GKD sebagai komuniti utama, termasuk kelab sokongan seperti Eastern GK, GK5JB, JazFitters, GE Paka, Northen Jazzers, JFITTO, JF Kanjo, R-Pit Garage, J’S Garage,  KB Jazzers dan lain-lain. Ternyata sambutan yang diterima, memberi impak besar kepada kemeriahan acara ini.

Terima kasih juga kepada barisan penaja seperti KKT Malaysia, FTuned Racing, Type S Garage, MK Garage, Flex Racing, SaukStore, KM Auto_Haus, Racewear Malaysia, R-Pit Garage, Automods, Abby Parts, RAB Media dan Adam Photography, atas kerjasama yang diberikan.

Foto: Shah Bahulu @ Adam Photography