GKTXV 4X4 OFFROAD CHALLENGE 2018

Kelab sukan lasak Giler Kakies dan Trekker X Venture telah bergabung tenaga, untuk menganjurkan acara GKTXV 4X4 Offroad Challenge, bertempat di Nilai 3 Street Mall, Negeri Sembilan. Berlangsung pada 14 hingga 16 September yang lalu, sebanyak 60 buah kenderaan telah mengambil bahagian, meliputi beberapa kelab dan pasukan yang aktif dalam sukan ini.

Perlumbaan dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Light Core, Medium Core dan Hard Core, mengikut laluan SS yang ditetapkan. Selain menyaksikan kehebatan peserta beraksi, pihak penganjur turut mengadakan aktiviti fun ride khusus untuk pengunjung yang berminat. Acara tambahan lain termasuklah twilight zone pada sebelah malam, pameran autoshow, gerai jualan, serta sesi cabutan bertuah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua wakil kelab yang mengambil bahagian seperti Giler Kakies, Trekker X Venture, Suzuki Vitara Club, Bewok Kelantan, Terbang Kelantan, TFT Terengganu, Tok Gajah Pahang, 7 Café, termasuk pasukan dari Manjung, Johor dan Melaka. Juga kepada Unitymax, GTO96, Matsunaga, Rain Forest Challenge, Red Phoenix, Tough Dog, Wildcats dan lain-lain, kerana sudi menjadi penaja untuk acara ini.

Foto: Last Hope