DIESEL TERENGGANU TRUCK

Sekumpulan pemilik trak di Terengganu, telah mengadakan sesi perjumpaan pada 20 September yang lalu berhampiran Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila lebih daripada 110 buah trak pelbagai jenis hadir menyatakan sokongan. Antaranya GTR Shop Kemaman, Dungun Diesel Truck, Kober Truck, Besut Trucker dan lain-lain.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pemilik trak. Ia juga memberi peluang kepada mereka menambah kenalan serta meninjau barisan jentera yang mengambil bahagian. Sebagai tambahan mereka turut memperkenalkan Diesel Terengganu Truck sebuah komuniti, yang berperanan menyatukan para pemilik trak di sini.

Semoga penubuhan Diesel Terengganu Truck dapat membantu membangkitkan kembali semangat mereka yang lama menyepi, serta mencegah aktiviti tidak sihat di kalangan ahli-ahlinya.

 

Foto: Adam Photography & Street Style Media