Penganjuran tahun ini mendapat kerjasama NGK Spark Plugs dan NTK Oxygen Sensors sebagai penaja utama. Lebih 10,000 orang pengunjung telah membanjiri kawasan tapak karnival. Kesempatan hujung minggu turut memberi peluang kepada mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang acara berlangsung. Antaranya pameran produk oleh jenama terkenal seperti NGK, Motul, EXN, Haval, Hella, Pulzar, Gesel Heinz, Duckhams, Gaido, Varta, Ultra Racing, Schmaco, Liqui Moly dan banyak lagi. Acara turut dimeriahkan dengan aktiviti pertunjukan, persembahan pentas, pameran kereta modifikasi dan vintaj, serta siri pertandingan yang menarik seperti ratu cantik, kereta kawalan jauh, autoshow, audioshow dan lain-lain.