MITSUBISHI 4SURE THRILL

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengadakan acara Mitsubishi 4Sure Thrill, bertempat di perkarangan Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 9 & 10 Mac yang lalu. Ia bagi memberi peluang kepada para pengunjung mengikuti sesi pandu uji model Mitsubishi Triton terkini dan merasai pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.

Sesi pandu uji meliputi laluan jalan raya, serta laluan off-road berhalangan dan berkelajuan tinggi. Hal ini membolehkan mereka merasai kehebatan dan keupayaan sebenar model terbaharu ini. Acara turut menampilkan sesi pemanduan bersama juara dua kali Rali Dakar Hiroshi Masuoka, pemandu uji Mitsubishi Kazuto Koide, serta atlet permotoran wanita Malaysia Leona Chin.

Selain menawarkan pakej belian yang menarik, para pengunjung juga berkesempatan mengenali barisan model Mitsubishi secara lebih dekat. Malah mereka turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.