Sesetengah kenderaan akan mengalami masalah kecacatan bahagian dalaman, sama ada disebabkan usia, penggunaan, atau kerosakan yang tidak disengajakan. Keadaan ini tentu sekali menimbulkan rasa kurang selesa, malah turut berkait dengan soal keselamatan dan mengurangkan nilai sesebuah kenderaan.
Di satu sudut lain, sesetengah pemilik mungkin tidak menggemari apa yang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan. Contohnya keadaan tempat duduk yang kurang selesa atau pilihan warna yang tidak sepadan. Begitu juga dengan pemain autoshow, yang ingin mencari kelainan dalam gaya persembahan. Jika anda tergolong dalam kategori ini, KYK Auto Leather Enterprise mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
KYK Auto Leather Enterprise merupakan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat restorasi dan rekaan semula bahagian dalaman kenderaan. Ia berupaya melakukan kerja-kerja baik pulih atau menghasilkan sesuatu yang lebih menarik ke atas semua komponen dalaman kenderaan seperti tempat duduk, papan pemuka, panel pintu, pilar, stereng, karpet, lelangit bumbung dan lain-lain.
Pelanggan boleh memilih jenis material yang ingin digunakan sama ada fabrik, sintetik, PVC atau kulit, dengan pilihan corak dan warna yang pelbagai. Dibarisi tenaga kerja profesional dan berkemahiran, anda pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
KYK Auto Leather Enterprise
No.33, Jalan 4/118C, Desa Tun Razak Industrial Park,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Facebook: KYK Auto Leather Enterprise
Whatsapp: 012-6846733