KS SEATS AUTO, PAKAR RESTORASI DALAMAN KENDERAAN

Sesetengah pemilik mungkin tidak menggemari apa yang ditawarkan oleh pengeluar ke atas bahagian dalam kenderaan mereka. Misalnya tempat duduk yang kurang selesa atau pilihan warna yang tidak sepadan. Akibat usia, penggunaan, atau perkara yang tidak disengajakan, bahagian ini juga terdedah kepada risiko kerosakan yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan mengurangkan nilai sesebuah kenderaan.

KS Seats Auto merupakan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat restorasi dan rekaan semula bahagian dalaman kenderaan. Dibarisi tenaga kerja mahir, mereka berupaya melakukan kerja-kerja baik pulih atau menghasilkan sesuatu yang lebih menarik. Antaranya bahagian tempat duduk, papan pemuka, panel pintu, pilar, stereng, karpet, lelangit bumbung dan lain-lain.

Pelanggan boleh memilih jenis material yang ingin digunakan sama ada fabrik, sintetik, PVC atau kulit, dengan pilihan corak dan warna yang pelbagai. Mereka juga boleh menjahit logo mengikut kehendak pelanggan. Melihat hasilnya, anda pasti berpuas hati dengan mutu kerja yang ditawarkan.

KS Seats Auto terletak di No.39, Jalan SR 1/9, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Anda boleh layari Facebook: KS Seats Auto atau hubungi talian 016-331 8086 untuk maklumat lanjut.

 

KS Seats Auto
No.39, Jalan SR 1/9, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Whatsapp: 016-331 8086
FB: KS Seats Auto