Pulzar Malaysia telah membuat kemunculan pertama dalam siri permotoran tempatan, apabila menyertai perlumbaan MSF Super Turismo bersama pasukan Estrada Racing. Cabaran mereka bagaimanapun terhenti lebih awal, apabila jentera yang digunakan mengalami masalah pada sistem elektrikal. Walaupun gagal menamatkan perlumbaan, mereka tetap memperolehi data-data penting yang bakal digunakan pada pusingan akan datang.
Format perlumbaan kali ini memerlukan mereka berlumba selama 40 minit pada waktu malam. Beberapa perubahan penting perlu dilakukan bagi membolehkan mereka kekal bersaing. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila berdepan masalah sistem pacuan dan bahan api seawal pusingan kelayakan. Mereka tetap meneruskan persaingan dan berjaya menduduki tempat ke-12 dalam kategori Street Tuned, juga tempat ke-38 dalam Kumpulan 2.
Bermula dari belakang, Sharina Ramlle yang pertama kali berlumba pada waktu malam cuba memecut sepantas mungkin. Sebaik tiba di selekoh 12, beliau hilang kawalan dan terbabas, menyebabkan jenteranya gagal dihidupkan. Selepas ditarik ke pit, didapati terdapat masalah pada sistem elektrikal jentera. Walaupun berjaya diatasi, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlumbaan kali ini.
Menurut koodinator pasukan, Mohd Azwan, “Kami sudah terlalu jauh untuk mengejar kelompok hadapan. Dengan baki perlumbaan kurang 10 minit, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlumbaan bagi mengelak kejadian tidak diingini. Ia benar-benar mengecewakan. Namun kami pasti akan kembali bersaing pada pusingan kelima nanti”.
N.E.S Oil Seal SDN BHD (213523-K)
660, Batu 4, Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6257 4549 , 603-6257 4540
Mr. Chew 016-663 1221
Mr. Lim 012-502 0313
Mr. Por 012-509 0870
Email: enquiry@nesos.com.my
FB: www.facebook.com/pulzarmalaysia
Insta: www.instagram.com/pulzarmalaysia/
Website: www.pulzaroil.com