K1 EXHAUST SPECIALIST

Dalam proses pengubahsuaian, pemasangan sistem ekzos berprestasi tinggi boleh membantu meningkatkan kuasa kenderaan. Ia merupakan kaedah paling mudah dan berkesan, serta mampu menghasilkan bunyi lebih menarik.

K1 Exhaust Specialist terkenal sebagai pusat pemasangan dan pengubahsuaian sistem ekzos untuk semua jenis kenderaan, termasuk kereta lumba, motosikal dan kenderaan komersil. Selain menjual produk tersedia, K1 Exhaust Specialist juga menyediakan khidmat kimpalan yang profesional sama ada menggunakan kaedah MIG atau TIG, bagi menjamin kepuasan pelanggan.

Pada masa ini, K1 Exhaust Specialist tidak hanya dikunjungi oleh pemilik kenderaan biasa, tapi juga oleh pasukan lumba ternama. Walaupun pengubahsuaian sistem ekzos kereta lumba mengambil masa yang lama, K1 Exhaust Specialist berupaya menghasilkan sesuatu yang terbukti kemampuannya di litar.

K1 Exhaust Specialist terletak di No. 29, Tingkat Bawah, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Mereka juga mempunyai sebuah lagi cawangan di No. 7, Jalan Cempaka 28, Pusat Perniagaan Cempaka Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Anda boleh layari Facebook ‘K1 Exhaust Specialist’ atau hubungi Ken (019-669 2451) / Nam (017-939 6686) untuk maklumat lanjut.

K1 Exhaust Specialist (Bandar Baru Bangi)
No.29, Ground Floor, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian,
Bandar Baru Bangi, 43650, Kajang, Selangor, Taman Kajang Impian,
43650 Kajang, Selangor
Whatsapp: 019-669 2451 (KEN)

K1 Exhaust Specialist (Senawang)
No.7, Jalan Cempaka 28,
Pusat Perniagaan Cempaka Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Whatsapp: 019-669 2451 (KEN) , 017-939 6686 (NAM)

FB: https://www.facebook.com/K1ExhaustSpecialist/