HI-REV SIC DREAM CHASER, RAIH SATU LAGI KEMENANGAN BERGANDA

Ia merupakan hujung minggu paling bermakna buat pemandu HI-Rev SIC Dream Chaser, Ady Rahimy Rashid. Pemenang e-MCS 2018 dan pemandu SIC Talent Development Program itu dilihat terus konsisten apabila mencatat satu lagi kemenangan berganda dalam kategori S Production (SP2), pada perlumbaan Malaysia Championship Series (Pusingan 3) yang berlangsung baru-baru ini.

Ady yang menduduki tempat kedua dalam pusingan kelayakan, perlu berlumba dengan berat tambahan 50kg dalam Perlumbaan 1 dan 60kg dalam Perlumbaan 2. Kemenangan ini memberi beliau 30 mata tambahan, dan meningkatkan kedudukan kejuaraan kepada 84 mata keseluruhan.

Tiada waktu rehat untuk pasukan HI-REV SIC Dream Chaser. Mereka akan meneruskan latihan untuk persiapan pusingan keempat yang dijadualkan pada 23-25 Ogos nanti.

Untik maklumat lanjut sila layari:

POSIM PETROLEUM MARKETING SDN BHD (139576-M)
Wisma Posim, Lot 72,
Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : +603-5102 2999
Fax : +603-5191 7750
EMail : marketing@posim.com.my
FB:  www.facebook.com/hirevjunction
Website: www.hi-rev.com.my