Buat julung kalinya, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin akan berlumba menggunakan jentera empat roda dalam siri perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) pada 22-24 November ini. Ia merupakan persediaan awal beliau, sebelum menyertai perlumbaan FIA World Touring Car Cup (WTCR) pada bulan Disember nanti.
Bernaung di bawah pasukan Hi-Rev SIC Dream Chaser, Hafizh bakal mengemudi Toyota Vios bersama dua orang pelumba muda lain iaitu Alister Yoong dan Bradley Benedict Anthony. Ia dijangka akan menarik minat peminat sukan permotoran untuk hadir menyaksikan kedua-dua perlumbaan ini.
Selain itu, pasukan Hi-Rev SIC Dream Chaser turut mempertaruhkan barisan pelumba muda yang lain. Antaranya Ady Rahimy Rashid yang baru dinobatkan sebagai juara Malaysia Championship Series 2019 kelas S Production 2 (SP2), akan bergandingan dengan Hayden Haikal menggunakan jentera Suzuki Swift. Adam Khalid pula digandingkan dengan Gilbert Ang dan Freddie Ang juga dengan jentera Suzuki Swift. Sementara Angeline Lee dan Siti Shahkirah, akan memandu jentera Toyota Vios dalam kategori Vios One Make Race.
POSIM PETROLEUM MARKETING SDN BHD (139576-M)
Wisma Posim, Lot 72,
Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : +603-5102 2999
Fax : +603-5191 7750
EMail : marketing@posim.com.my
FB: www.facebook.com/hirevjunction
Website: www.hi-rev.com.my