Sebelum ini, Kar HiFi ada bercerita tentang penambahan yang sering dilakukan oleh pemilik sebaik sahaja berjaya memiliki kereta sendiri. Baik dari segi pewangi dan aksesori tambahan lain, pasti ada penambahan lain menyusul satu demi satu tetapi untuk apa? Selain dari keselesaan, lazimnya para pemilik kereta melakukan penambahan atau pengubahsuaian dengan mengambilkira faktor keselamatan.
Bercakap tentang keselamatan, tempoh hari saya berjumpa dengan mekanik dan dia menasihatkan agar penyerap hentak digantikan kerana telah bocor. Kalau terus memakainya, dikhuatiri akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya memberi impak kepada prestasi tayar. Kebetulan saya baru menggantikan tayar. Justeru itu, amat penting untuk penyerap hentak yang bocor tadi diganti untuk menjamin prestasi pemanduan yang lebih cemerlang selain selamat sepanjang pemanduan.
Dalam sedar atau tidak, kebanyakan pemilik kereta lebih suka bersikap acuh tidak acuh. Selagi kuasa kuda enjin berada dalam keadaan baik, hal lain-lain tidak ambil pusing. Langkah yang sepatutnya dilakukan sebaik sahaja anda merasakan perubahan ketika memandu ialah memantau dan memeriksa keadaan kereta secara keseluruhannya. Bukan sekadar memerhatikan prestasi enjin semata-mata.
Tahukah anda, kerosakan atau kebocoran penyerap hentak boleh mendatangkan bahaya?
Ya, penyerap hentak yang berada dalam keadaan tidak baik boleh mengurangkan keberkesanan sistem brek yang menyebabkan jarak henti lebih jauh berbanding biasa. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan kereta mudah tergelincir dan tersasar ketika berada di atas jalan yang basah. Itu belum lagi dengan masalah pemanduan khususnya ketika di selekoh. Pemandu boleh hilang kawalan. Bahaya!
Oleh yang demikian, amat penting untuk menggantikan dengan segera penyerap hentak yang bermasalah. Terdapat pelbagai pilihan penyerap hentak yang ditawarkan di pasaran hari ini. Pemilihan penyerap hentak yang berkualiti, sesuai dan tepat amat penting untuk kereta anda. Salah satu jenama yang menawarkan siri penyerap hentak yang berkualiti dan boleh dipercayai adalah Gasper Suspension – Heavy Duty Shock Absorber.
Gasper Suspension ini memiliki saiz rod, piston dan saiz badan yang lebih besar. Penyerap hentak ini didatangkan dengan pegas gegelung yang tahan lasak dan dicas dengan gas nitrogen. Lebih istimewa lagi, Gasper Suspension turut menawarkan beberapa model yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian untuk memberi prestasi pengendalian lebih baik. Selain itu, penyerap hentak ini mampu mengurangkan kereta bergoyang, beralun dan juga gegaran.
Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan. Antara model yang boleh didapati termasuk kereta Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mazda, Ford, Hyundai, Kia, Chevrolet, BMW dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk keluaran Gasper Suspension ini, sila hubungi;
SE Performance Sdn Bhd
B-002, Vista Shop Lot, Jalan PJU 10/3D, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor.
Emel : se.performance.sb@gmail.com
No. Tel / whatsapp : +6016 – 205 3191
Facebook : Gasper Suspension