Sebagai tanda sokongan, EXN Lube telah berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam edisi ke-15 Auto City Carnival 2019. Berlangsung di Juru, Pulau Pinang pada 5-7 Julai yang lalu, ia merupakan acara permotoran paling dinantikan, khususnya untuk mereka di kawasan utara tanah air.
Penyertaan EXN Lube bertujuan untuk memperkenalkan rangkaian minyak pelincir mereka kepada umum. Bagi membantu memeriahkan ruang pameran, pihak EXN Lube turut menjemput kelab dan kumpulan pemilik motosikal berkuasa besar untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara ini. Beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti promosi jualan, pemberian cenderahati, permainan interaktif, cabutan bertuah dan lain-lain, bagi membolehkan para penggunjung memenangi hadiah yang disediakan.
Rangkaian minyak pelincir EXN Lube dihasilkan oleh EXN Lube Marketing Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, layari www.exnlube.com dan www.facebook.com/exnlubricant atau kunjungi wakil penjual mereka di seluruh negara.
EXN LUBE MARKETING SDN.BHD
W3A06-07, Lv. 3A, Metropolitan Square,, Jalan PJU 8/1,,
Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
TEL : 03 – 7733 8313, 03 – 7731 5313
FAX : 03 – 7722 1237
EMAIL : inquiry@exnlube.com
FB: www.facebook.com/exnlubricant
Website: www.exnlube.com