AT Auto Shoppe merupakan pengimport dan penjual komponen aksesori khusus untuk kenderaan 4×4. Memulakan operasinya sejak 2012, ia turut menjalankan kerja-kerja pemasangan termasuk khidmat servis dan selenggaraan ke atas kenderaan terpilih.
Sesuai dengan perkembangan semasa, AT Auto Shoppe telah berpindah ke premis baru di Balakong Selangor. Ia kini meliputi kawasan lebih luas termasuk penyediaan ruang pameran berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan. Dilengkapi peralatan serba moden dan tenaga kerja terlatih, anda pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Pelanggan boleh mendapatkan alat ganti, komponen berprestasi atau aksesori 4×4 yang sesuai dengan kehendak mereka. Sesetengah darinya merupakan produk terpilih, yang dibawa masuk secara eksklusif. Ini termasuklah produk penjagaan enjin Liqui Moly, aksesori Carryboy, sistem lampu PIAA dan Philips, rim Lenso dan Fuel, tayar Federal, Cooper Tires dan Yokohama, set suspensi Old Man Emu dan Eibach, kit penapis udara MST dan BMC, sistem pengecas CTEK, dan lain-lain. Selain itu, AT Auto Shoppe juga merupakan pengedar tunggal untuk produk Option 4WD dan Overland.
AT Auto Shoppe terletak di No. 5, Jalan 1/1, Taman Industri Selesa Jaya, 43300 Balakong Selangor. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 016-282 0215 / 017-361 3839 atau layari Facebook AT AUTO Shoppe.
AT Auto Shoppe
No. 5, Jalan 1/1, Taman Industri Selesa Jaya,
43300 Balakong Selangor
Whatsapp: 016-282 0215 / 017-361 3839
Email: atautoshoppe@gmail.com
FB: AT AUTO Shoppe
Website: www.atautoshoppe.com/