Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result
DIAM-DIAM UBI JEPON

DIAM-DIAM UBI JEPON

Saiful by Saiful
13/08/2019
in MODIFIKASI

Di sebuah jalan separa sesak, gua telah dicucuk sebijik Civic EP3 berekzos perang dengan sadisnya. Cikton kita potong spring je kot, memang tak layak ler nak layan. Walaupun purata kelajuan trafik ketika itu agak perlahan, gua akhirnya mengalah lepas berkali-kali kena acah. Kasi jalan dululah, kita ikut angin dia pun okey jugak.

Tak sampai seminit, sayup-sayup nampak kelibatnya mengacah kereta di depan pulak. Sakit perut sangatlah tu, Wira standard naif pun jadi mangsa. Tapi Wira tu tak bagi can langsung. Dia terus meninggalkan EP3 yang nampak terkedek-kedek mengambil selekoh. Geli sungguh ketiak gua dibuatnya. Sama ada mamat EP3 tu jenis budak baru nak up, atau set suspensinya memang dah bocor sebelah.

Drama terhenti seketika di lampu isyarat dan gua berjaya menyelit manja di sebelah mereka. Melalui pemerhatian, Wira MDM tu memang nampak biasa ajer. Tapi ekzosnya yang enak menggelegak, memberi gambaran tentang enjin penuh kuasa yang dimilikinya. Sebaik lampu bertukar hijau, gua terus tekan satu enam sambil membiarkan mereka berkanjo di jalan depan. Yer gua kena tinggal…

Natijahnya, jangan suka bongkak membongak. Kalau rasa dah laju sangat, sebenarnya ada lagi yang lebih laju. Dunia modifikasi sekarang mana ada sempadan. Tiara enjin VTEC pun ada. Ringkasnya biar acah standard, tapi tekan power mencanak.

Wira milik Nazir ni pun tergolong dalam kelompok yang sama. Bahagian luar macam korang pahamlah, santai dengan kit badan MDM yang kembali mendapat tempat ketika ini. Tapi standard sangat pun tak mari jugak. Jadi ia perlu dipadankan dengan komponen yang bersesuaian. Antaranya hood kustom EVO II, lip depan Wira 1.8L, grill Wira UK Spec dan sedikit potongan pada bumper depannya. Tidak ketinggalan penggunaan cermin jenis cromax, cermin sisi Ganador, skirt sisi Lancer GSR, sunroof EVO II dan cermin belakang berwiper EVO II.

Kedudukan kereta kemudian dilaras menggunakan set suspensi Mines, sekaligus merubah karektor pengendalian. Ruang roda seterusnya diisi rim Volk Racing TE37 (1st Gen) bersaiz 16-inci, beserta tayar Yokohama S-Drive berukuran 205/50R-16. Makin femes pulak rim ‘TE Papan’ ni sekarang…

Ruang kokpit agak sama seperti corak modifikasi Wira kebanyakan. Bahagian penting seperti dashboard, konsul tengah dan panel pintu mesti disalin menggunakan perkakasan milik EVO yang lebih gelap. Lain-lain komponen yang menyerikan lagi ruang ini adalah stereng Momo, tempat duduk EVO IV untuk depan dan belakang serta deretan meter Defi dan unit Apexi AFC Neo di atas dashboard.

Enjin adalah yang paling mari untuk kereta ini. Bersih dan kemas, walaupun tidak disertakan dengan komponen tingkat kuasa yang melampau-lampau. Wasatiyah sungguh bunyinya. Salinan enjin 4G63T dari EVO II ini hanya menerima sepasang cam pulley Arospeed di bahagian kepala silinder untuk melaras kembali kadar pemasaan sekiranya perlu.

Unit turbo TD05 asal juga tidak berubah, namun bertugas pada tahap lebih efisyen hasil penempatan wastegate Tial, paip sambungan dan intercooler kustom serta injap pelepas HKS SSQV. Desakan boost yang terbentuk, seterusnya dibawa masuk menerusi unit throttle body Super90. Teknik pelarasan boost? Pakai tulang ikan sudah…

Bekalan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro. Ia dibawa ke rel bahan api sambil dikawal regulator Sard. Sementara unit Apexi AFC Neo bertindak memetakan semula jumlah petrol yang diperlukan.

 

Previous Post

THE GREY BULLET

Next Post

RALLY LEGEND

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

POPULAR

  • CYBORG TROOPER
  • GODZILLLA
  • SHADES OF GREY
  • MONKEY DRAGSTER
  • AWAK SANGAT NAKAL
  • WEEKEND RACER
  • RRRRR…

CAPAIAN

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved